Tuesday, June 24, 2014

Panas dan Jerebu

bila tiba musim panas nie jerbu pun mula la menjengah...jadi kawan2 sila la jaga kesihatan (peringatan untuk diri sendiri jugak ni) ...banyakkan minum air kosong/masak / plain water... kurangkan aktiviti luar tapi jgn la sampai tak mau kuar umah langsung :) semoga semuanya sihat sentiasa hendaknya..

Amik kau tinggi kan...sekali skala takpe kan..

Sunday, June 22, 2014

Pertandingan Pakwe & Makwe untuk "Charity"


Aktiviti fesyen show ni dh jd macam rutin pulak semenjak masuk KV ni...seriously penat sgt (walaupun datang makan jew)...hahahaha...okay tgk la gambar2 yang sempat dirakam
Q&A time..haaa gigil nak jawab
Pelajar ku yang ikut tgk..
Kalah pensyarah  :(
Glamer ngalahkan model yg bertanding
Makwe (model) yg rasa sgt okay pada malam semalam

Sunday, June 1, 2014

Selamat Pengantin Baru Mohd Farhan :)

Bersama farhan sebelum bersanding
Selamat dah sorang lagi adik sepupu ku mendirikan masjid :) I'm happy for you...semoga berkekalan hingga ke alam sana hendaknya..Amin...yang aku nie bila la plak :( macam biasa, soalan2 cepu emas semuanya keluar time2 macam ni. Nak buat macam mana dah belum bertemu lagi kan (ayat biasa setiap kali ditanya)..Tapi buat masa nie diri ini belum lagi samapai seru untuk mencari..selesa bersendirian tanpa memikirkan tanggungjawab extra. kerjaya yang menuntut masa dan perhatian..cikgu dulu ngan cikgu sekarang banyak beza..kekadang berdoa agar punyai masa yang lebih untuk memikirkan rancangan dan aktiviti mengajar berbanding failing, kertas kerja program dan pelbagai aktiviti sukan. belum lagi pelbagai laporan..kesian anak2 murid ku.kekadang perlu dahulukan tugas lain dari buat kelas tambahan..Orang cakap ala rancang la awal2.. :) nak merancang perlu tgk keadaan murid..kakang kala mereka boleh terima topik yg diajar dan adakalanya perlukan teknik dan cara lain bagi memudahkan pemahaman mereka bukan sekadar hafal tapi faham dan boleh buat serta mampu menaakul sekiranya masalah yang hampir sama berlaku. Oleh itu keadaan pelajar perlu dilihat dahulu serta penerimaan mereka pada saat itu. susah sbenarnya, mereka manusia bukan barang. Emosi, persekitaran dan perasaan itu wujud menambahkan kepayahan. Akhirnya ramai guru hanya memberi latihan dan mengekuarkan soalan pepeiksaan yang mirip dengan latihan..simple and easy sebab parent pun tengok tak la marah2 kat cikgu sebab markah nampak cantik..hakikatnya kesian pelajar kita.guru pun tak mampu nak tolong 1 kelas 40 murid..sehari guru akan masuk lebih daripada 3 kelas..jadi bayangkan betapa ramai yang perlu diberi perhatian.kalau kesabaran itu makin nipis, itu yang menyebabkan pelbagai tragedi berlaku..Namun tetap guru yang salah..walaupun adakalanya kesabaran itu yang dicabar.Bila dilaporkan..Parent kata kan dah tanggungjawab guru..anak saya di rumah baik je...kalau ada video dah ku rakam perangai setiap pelajar.kemuadian bagi mms kat parent.hah amik ko tgk la perangai mereka di sekolah.tapi tetap yakin mereka pasti menangkan anak mereka,,silap haribulan kita disaman kerana mencabul hak privasi anak..hhheemmm Dunia2....

Friday, May 30, 2014

Sambutan Hari guru Kverts :)

Pensyarah Unit Fesyen dan Membuat Pakaian

Warga Pendidik KVerts + PIBG

Sebelum bercuti kite meraikan hari guru dulu ye.. Tema bollywood .. Pelbagai ragam dan gelagat. Biasanya cikgu marah anak2 murid berselfi tapi hari ini cikgu cikgi yang berselfi terlebih.. :) oh well kasi cikgu peluang la kan.. dan semua nye pakai macam artis sgt kan..(termasuk la tuan empunya blog nie - seb baik sedo diri) well sebelum ni pernah sambut dengan majlis yang lebih hebat jadinye majlis hari ini ok- ok saja. Namun tetap berterima kasih pada semua anak2 didik yang bersusah payah berlatih hanya dalam 3 hari untuk membuat persembahan :) you all so cute ...sayang nye syok tengok sampai leka untuk merakamkan moment - moment itu ... :( sorry...
Pada semua warga pendidik yang mula bercuti SELAMAT BERCUTI ( yeeeaaa) kepada terpaksa berkursus dan menanda paper exam..SELAMAT gak la SELAMAT MENJALANKAN TUGAS :( sabo ye..

Thursday, May 29, 2014

CUTI :)

Sehari jew lagi....okay xpayah ckp..sekolah lain dh cuti dah..saya tau..nak buat macam mana..dah nasib dapat KV..kekekeke (wow syukur pe dpt gak posting kan)....esok ada sambutan hari guru peringkat KVerts.. Tema bollywood (xble blah ) dah nama dok unit fesyen kan. kena pakai gak baju ala bollywood..pe lagi gelek le jawabnye....

Tuesday, May 13, 2014

Jadual yang padat. :(

seminggu xterasa pun...cepat je masa berlalu...
hari sabtu jumpa Chef Nik Mickheal











dan juga designer Hatta Dolmat
 

Bersama dengan koleksi pakaian santai ...sangat suka yang warna putih tue..simple dan kemas..tapi bagi yang suka hitam pun cantik juga...Hari isnin pula ..English Week launch with Nash
Hari selasa..bermulanya final exam amali semester 5 atau tahun 1 semester 1 program diploma
Hari rabu pula mula buat fail PPDa..aduhai..gile kentang banyak nye benda yang nak dibuat..(xkan nak pamer gambar fail plak kan.. kekekeke)
Hari Khamis pentaksir amali dan lengkapkan fail PPDa ( xsiap pun byk sgt..ini la akubat bila last minit banyak sgt la perubahan yang dimahukan oleh JPN)...Jumaat belajar jahitan untuk Sijil Kemahiran Malaysia..
Sabtu adindaku bertunang (okay yang nie gambo masih dalam proses xtransfer lagi ke dlm pic or hp)..HAri ahad rehat sekejap walaupun masih byk kerja tertangguh..buat - buat macam dah setel sume..Hari Isnin Mesyuarat MQA..(waaaaa sangat stress..makin bertambah kerja nie) dan juga persiapan bengkel untuk amali semester 3 atau Tahun 2 semester 1 pra diploma..Selasa hari wesak tapi terpaksa bertugas menyiapkan Laman NURANI PPDa..nak patah kaki dah nie.Namun masih tersenyum bila anak2 didik ku buat lawak xsemegah ni..
Orang suruh buat replika kubur dia belakon nak jadi Pak Adi dalam cerita Tanah Kubur..wahahaha ..
Esok masih banyak tugas menanti..tapi nak buat macam manakan ..kerja je la..hanya mampu berdoa supaya segalanya dipermudahkan...




Thursday, May 8, 2014

Final Exam ..... ^ ^






















Ini baru sebahagian final exam...nampak nye jadi pembantu bengkel...byk kerja nie..hohoho..
kalau di sekolah biasa dulu time exam nie la best...sbb xyah ngaja..rehat sikit..tp kat KV nie..aduhai..boleh pitam...sama je dengan waktu2 yang lain...hai la nak buat macam mana ..dah nasib...
Bersyukur masih ada pekerjaan kan..kekekekeke..