Saturday, June 28, 2014

Ahlan Wa Sahlan ya Ramadhan :)

Selamat Menyambut Ramadhan ...semoga di limpahi rahmat dan hidayahdari-Nya... Kepada yang sudi membaca blog ini dan anda menyambut ramadhan ..."SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA" terima kasih kerana sudi menjengah ruangan ini...Segala coretan yang menguris jiwa nurani, sepuluh jari ku susun memohon kemaafan ...semoga segala urusan kite diberkati dan dipermudahkan...Amin


Tuesday, June 24, 2014

Panas dan Jerebu

bila tiba musim panas nie jerbu pun mula la menjengah...jadi kawan2 sila la jaga kesihatan (peringatan untuk diri sendiri jugak ni) ...banyakkan minum air kosong/masak / plain water... kurangkan aktiviti luar tapi jgn la sampai tak mau kuar umah langsung :) semoga semuanya sihat sentiasa hendaknya..

Amik kau tinggi kan...sekali skala takpe kan..

Sunday, June 22, 2014

Pertandingan Pakwe & Makwe untuk "Charity"


Aktiviti fesyen show ni dh jd macam rutin pulak semenjak masuk KV ni...seriously penat sgt (walaupun datang makan jew)...hahahaha...okay tgk la gambar2 yang sempat dirakam
Q&A time..haaa gigil nak jawab
Pelajar ku yang ikut tgk..
Kalah pensyarah  :(
Glamer ngalahkan model yg bertanding
Makwe (model) yg rasa sgt okay pada malam semalam

Sunday, June 1, 2014

Selamat Pengantin Baru Mohd Farhan :)

Bersama farhan sebelum bersanding
Selamat dah sorang lagi adik sepupu ku mendirikan masjid :) I'm happy for you...semoga berkekalan hingga ke alam sana hendaknya..Amin...yang aku nie bila la plak :( macam biasa, soalan2 cepu emas semuanya keluar time2 macam ni. Nak buat macam mana dah belum bertemu lagi kan (ayat biasa setiap kali ditanya)..Tapi buat masa nie diri ini belum lagi samapai seru untuk mencari..selesa bersendirian tanpa memikirkan tanggungjawab extra. kerjaya yang menuntut masa dan perhatian..cikgu dulu ngan cikgu sekarang banyak beza..kekadang berdoa agar punyai masa yang lebih untuk memikirkan rancangan dan aktiviti mengajar berbanding failing, kertas kerja program dan pelbagai aktiviti sukan. belum lagi pelbagai laporan..kesian anak2 murid ku.kekadang perlu dahulukan tugas lain dari buat kelas tambahan..Orang cakap ala rancang la awal2.. :) nak merancang perlu tgk keadaan murid..kakang kala mereka boleh terima topik yg diajar dan adakalanya perlukan teknik dan cara lain bagi memudahkan pemahaman mereka bukan sekadar hafal tapi faham dan boleh buat serta mampu menaakul sekiranya masalah yang hampir sama berlaku. Oleh itu keadaan pelajar perlu dilihat dahulu serta penerimaan mereka pada saat itu. susah sbenarnya, mereka manusia bukan barang. Emosi, persekitaran dan perasaan itu wujud menambahkan kepayahan. Akhirnya ramai guru hanya memberi latihan dan mengekuarkan soalan pepeiksaan yang mirip dengan latihan..simple and easy sebab parent pun tengok tak la marah2 kat cikgu sebab markah nampak cantik..hakikatnya kesian pelajar kita.guru pun tak mampu nak tolong 1 kelas 40 murid..sehari guru akan masuk lebih daripada 3 kelas..jadi bayangkan betapa ramai yang perlu diberi perhatian.kalau kesabaran itu makin nipis, itu yang menyebabkan pelbagai tragedi berlaku..Namun tetap guru yang salah..walaupun adakalanya kesabaran itu yang dicabar.Bila dilaporkan..Parent kata kan dah tanggungjawab guru..anak saya di rumah baik je...kalau ada video dah ku rakam perangai setiap pelajar.kemuadian bagi mms kat parent.hah amik ko tgk la perangai mereka di sekolah.tapi tetap yakin mereka pasti menangkan anak mereka,,silap haribulan kita disaman kerana mencabul hak privasi anak..hhheemmm Dunia2....